Tuesday, 5 November 2013

Duhai Sang Hati.......

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Dengan namaNya ku mulakan tinta ini...

Terasa lama benar ku biarkan blog ini bersawang tidak diisi sebarang coretan... Namun hari ini ingin ku  coretkan sebuah  lembaran  bagi menghiasi post kali ini....

Kebelakangan ini terasa benar diri ini disisihkan... Terasa susah benar untuk berenang di lautan yang bernama persahabatan..

Adakahh salahku tidak pandai memulakan bicara?
 Adakah ia sebagai kafarahku atas dosa-dosaku yang lalu?

Sungguh aku tidak mengerti.... terasa diri  ini seperti dipinggirkan......
Ku cuba maniskan wajahku untuk menayapa si dia...Tapi, apakan daya, reaksi yang aku peroleh berlainan dari yang aku sangkakan.Namun, ku pasrahkan hatiku untuk menelan segala kepahitan yang menjengah... Hanya kepada-Mu wahai Pencipta Sang Hati aku mengadu...

Duhai hati.. mengapa dengan mu ini..
Aku telah lemas dalam lautan dunia yang sudah pasti akan fana....

Ya Rabb,
 Andai aku perlu menelan segala kepahitan ini untuk memelihara persahabatan ini, aku redha Ya Allah... 
Andai aku yang harus berkorban, redhakanlah hatiku untuk menerimanya...
Akan tetapi Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar Kau tetapkan hatiku untuk sentiasa bersama-Mu..
walau dalam keadaan apa sekali pun....
Amin....






Saturday, 13 April 2013

.:: Keajaiban Kalamullah ::.

Sebagai muslim, siapa yang tak pernah membaca Surah Yaasin?? 



Saya pasti kita semua pernah membacanya, tapi pernahkah kita mengetahui makna serta perkara yang tersirat disebalik ayat-ayat tersebut?

Jadi, pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu rahsia yang terdapat dalam surah Yaasin yang mungkin kebanyakan daripada kita tidak tahu...

Cuba kita rujuk mushaf Al-Quranul Karim, Surah Yaasin, ayat ke-40. Dalam ayat ini, Allah S.W.T  menerangkan kepada kita tentang ketentuan matahari yang tidak mungkin dapat mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang.Tiap-tiap satunya beredar mengelilingi orbit masing-masing.

 Ayat yang di highlightkan di atas, di dalam bahasa Arabnya ialah:-

                                                              "كل في فلك يسبحون"

Maha Suci Allah yang menciptakan sekalian alam ini! Allah S.W.T. telah memberikan kepada kita bukti yang menunjukkan setiap planet di alam semesta ini beredar mengelilingi orbit masing-masing!  Cuba perhatikan susunan kalimah dalam ayat di atas apabila diceraikan.

                                                               ك  ل  ف  ي  ف  ل  ك  
Lihat!!! Apabila diceraikan huruf-hurufnya, kita boleh lihat huruf kaf (ك) , huruf lam (ل) dan huruf fa (ف) yang berulang dan diselangi dengan huruf ya (ي). Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa planet-planet di angkasa beredar mengelilingi matahari dngan mengikut perintah Khaliqnya...



Sudah terang lagi bersuluh kita dapat lihat kemukjizatan serta keagungan Kalamullah ini. 

Kesimpulannya, saya seru diri saya serta anda yang saya kasihi kerana-Nya, marilah kita bersama-sama mentadabbur serta menghayati mukjizat yang Rasulullah S.A.W tinggalkan kepada kita... kerana kekasih Allah ini telah menjamin jika kita berpegang kepada al-Quran dan As-Sunnah, nescaya kita tidak akan sesat.

Bersama meraih cinta dan keredhaan-Nya. :)



Friday, 12 April 2013

Forgive me, Ya Allah...

"Oh Allah, teach me to love others just like I love myself, teach me to judge myself just like I judge others. And if I have wronged anyone,give me the courage to apologize, and if anyone wronged me, give me the courage to forgive because you have taught me that forgiveness is the highest level of strength and revenge is the highest level of weakness. And I ask you not to forget me in your forgiveness♥*"
Aameen ya Allah :'(